Tuesday, May 1, 2012

#justanopinion


Assalammualaikum..

sekarang ni kita boleh lihat tentang isu sekarang,  orang ni kafir kan orang tu, orang ni melaknat orang tu. Orang ni bodoh2 dan maki2 orang itu. No matter what religion they are. first of all this is for me 100% for sure insyaAllah. kalau salah tolong betulkan.

Orang yang bukan islam itu tak tau apa2 dan tak paham pasal islam pun. Mereka mana tau kalau kita tak beritahu. Mereka macam mana nak tahu kalau kita tak bagi contoh yang baik. Mana mereka nak tahu kalau kita sendiri islam tak tunjuk adab dan akhlak yang baik? Itu lah kerja kita, menyebarkan dakwah. Berbuat baik no matter who and what relgion they are. Because they don’t know. Macam mana mereka nak tertarik pada islam itu kalau kita sendiri tak live the way islam is by following Al-quran and sunnah? dalam Al quran ade cakap. berbuat baik bila seseorang menghina islam. contohnya kita dah ada. nabi Muhammad s.a.w. tengok lah waktu islam mula2 ada. kene baling taik. dikatakan gila. macam2 kawan. tapi apa nabi buat? nabi buat baik balik. Mereka menghina islam, nabi tak maki and mengkafir, memaki melaknat mereka.Nabi tunjukkan akhlak yang baik dan dengan izin Allah mereka tertarik dengan how islam it is.   bukan lah aku nak cakap aku ni bagus. bukan lah aku nak cakap aku ni baik sangat. tapi ni adalah pendapat aku.

“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

kita sendiri sebagai islam tak tunjukkan ciri2 islam. dakwah ni bukannya dari segi bercakap sahaja. tapi dengan perbuatan kita jugak. contohnya, islam ada ke suruh kita maki orag kafir yang hina kita? tidakkan. malah Allah sendiri melarang kita mencaci bende2 yang dieorang sembah kerana mereka akan maki balik tanpa pengetahuan apa2.
tapi kalau kita dah buat apa yang sepatutnya, dah dakwah.  kalau dia tak buat jugak, tu antara dia dan Allah. tanggungjawab kita dah lepas. sebab tu dakwah ni penting. dakwah ni adalah sambungan kerja2 nabi. untuk menyebarkan islam dengan cara yang betul. cara islam yang betul adalah dengan mengikut Al quran dan sunnah.

Ada satu cerita ni.

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya." Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah saw mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berucap sepatah kata pun, Rasulullah menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu, sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapnya itu adalah Rasulullah Muhammad—orang yang selalu dia caci maki dan sumpah serapah. Rasulullah saw melakukan hal ini setiap hari sehingga baginda wafat. Setelah wafatnya Rasulullah saw, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar berkunjung ke rumah anaknya Aisyah, yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah. Ia bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan Rasulullah yang belum aku kerjakan?" Aisyah menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja." “Apakah Itu?" tanya Abu Bakar ingin tahu. Ia menggelabah juga kerana merasa sudah mengetahui bagaimana kebiasaan Rasulullah semasa hidupnya. "Setiap pagi Rasulullah selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana," kata Aisyah. Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?" Abu Bakar menjawab, "Aku orang yang biasa." "Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," bantah si pengemis buta itu dengan ketus "Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa  mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku." Abubakar tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya. Orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah saw." Seketika itu juga kaget pengemis itu. Ia pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... " Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah di hadapan Abubakar saat itu juga dan sejak hari itu menjadi Muslim.

 nampak tak kawan2?

semoga kita dapat amal dan sampaikan. isnyaAllah amin.
for me and for all!

lagi sekali bukan lah nak kata aku ni baik. snnah nabi yang aku buat pun, entah berapa. tapi mari kita sama2 pikir balik.